SKU: DVD6895

Azura (DVD) (2012) 馬來電影

目前缺貨

  • 視頻規格
  • PAL
  • 音 頻
  • 馬來語
  • 字 幕
  • 馬來文
  • 光碟
  • DVD 光碟
  • 區碼
  • 區碼 All

目前缺貨

  • 商品名稱 : Azura
  • 播放時間: 大約 98分鐘
  • 上映 / 播送日 : 2012年
  • 上架日期 : 2012年03月17日
  • 片數 : 1 片
  • 重量 : 150(g)

  • 劇情介紹
  • Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria 'survival'. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

    Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan 'darjat tinggi' Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

    Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.

    Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.

    Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami.