SKU: 2304000000007

Sumpahan Kum Kum (DVD) (2012) 馬來電影

目前缺貨

  • 視 頻
  • NTSC
  • 音 頻
  • 馬來語
  • 字 幕
  • 馬來文
  • 光碟
  • DVD 光碟
  • 區碼
  • 區碼 All

目前缺貨

  • 商品名稱 : Sumpahan Kum Kum
  • 播放時間: 大約 88分鐘
  • 上映 / 播送日 : 2012年
  • 發行日期 : 2012年02月15日
  • 片數 : 1 片
  • 重量 : 150(g)

  • 劇情
  • Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

    Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

    Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

    Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.