Welcome to ZoomMovie.com!
中文简体
English
中文繁体(台灣)
中文繁体(香港)
日本語
|
United States (USD)
United States (USD)
Malaysia (MYR)
China (CNY 人民币)
Taiwan (TWD 新台幣)
Hong Kong (HKD 港幣)
Singapore (SGD)
Australia (AUD)
United Kingdom (GBP)
Japan (JPY)
Indonesia (IDR)
Thailand (THB)
搜索
0
登录
中文
中国大陆电视剧
香港电视剧
台湾电视剧
新加坡电视剧
中文电影
中国大陆电影
香港电影
台湾电影
新加坡电影
马来西亚电影
中文动画
中文记录片
韩国
韩国电视剧
韩国电影
韩国音乐视频
日本
日本电视剧
日本电影
日本音乐视频
日本记录片
动画
其他
马来电影
泰国电影
印尼电影
体育与运动
儿童与教育
联系客服
0
登录
搜索
Setting
Language
English
简体中文
繁體中文(台灣)
繁體中文(香港)
日本語
Currency
(MYR) Malaysia
(SGD) Singapore
(IDR) Indonesia
(THB) Thailand
(CNY) China
(HKD) Hong Kong
(TWD) Taiwan
(JPY) Japan
(AUD) Australia
(GBP) United Kingdom
(USD) United States
登录 / 注册
订单追踪
中文
中国大陆电视剧
香港电视剧
台湾电视剧
新加坡电视剧
中文电影
中国大陆电影
香港电影
台湾电影
新加坡电影
马来西亚电影
最新中文电影
中文动画
中文记录片
韩国
韩国电视剧
韩国电影
韩国音乐视频
日本
日本电视剧
日本电影
日本音乐视频
日本记录片
动画
马来电影
泰国电影
印尼电影
体育与运动
儿童与教育
×
登录
电邮地址
这是必填栏
密码
这是必填栏
忘了密码?
免费注册
登入
Remember me
Or
Login with Facebook
Privacy policy
|
Terms of Services
首页
马来
Cuti-Cuti Cinta (DVD)
Cuti-Cuti Cinta (DVD)
马来电影
SKU: DVD5731
目前缺货
视 频
NTSC Widescreen
音 频
马来语
字 幕
英文, 马来文
光碟
DVD 光碟
区码
区码 All
目前缺货
Share
Tweet
商品名称 : Cuti-Cuti Cinta
上架日期 : 2010年12月31日
片数 : 1 片
重量 : 150(g)
剧情介绍
Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya.
Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini. Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.
Esoknya, Eava memandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat.
Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.
Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava.
En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitahu mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke laut dan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy .
Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak. Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok. Remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang menyebabkan Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy.
Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dan Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta...
Eava Eliana (Nora Danish) is a director in one of the company that her father Tan Sri Zaini (Zaibo) owns. As a single child, she is pampered since childhood. Upon returning from studying abroad, she starts to work in her father’s company. Tan Sri Zaini’s close friend Datuk Hamzah plans to marry Eava with his playboy son Remy (Zed Zaidi) in order to control Tan Sri Zaini’s wealth. Things turn awry as Eava catches Remy kissing another woman, which forces Eava to leave town abruptly. Upon reaching her hotel, she meets Omar Rudy (Farid Kamil), a hotel staff who accommodates her complaints, even being her tour guide at a small town. Things take a turn for the worse when a typhoon hit the sea, forcing Omar and Eava to camp in a secluded island in the middle of the ocean.