SKU: DVD4934

Ibu Mertuaku (DVD) () 马来电影

目前缺货

  • 视 频
  • NTSC Fullscreen
  • 音 频
  • 马来语
  • 字 幕
  • 光碟
  • DVD 光碟
  • 区码
  • 区码 All

目前缺货

  • 商品名称 : Ibu Mertuaku
  • 上架日期 : 2010年03月14日
  • 片数 : 1 片
  • 重量 : 150(g)

  • 剧情介绍
  • Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Mereka berhubungan melalui telefon dan perjumpaan dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi sejak sekian lama. Tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor.

    Oleh kerana Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan menentang keputusan ibunya, dia dinikahkan dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar.

    Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia. Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta. Dia diselamatkan oleh seorang perempuan ketika sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan. Di rumah perempuan tersebut, seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pertunjukan di merata tempat.

    Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat...